Monday, November 22, 2010

dimanakah letanya sifat kemanusiaan kita ?

Kekadang aku binggung , macam mana dorang boleh tergamak buang darah daging sendiri . kenapa dorang buang ? sebab malu , takut or apa . Eventho malu pun jgnlah sampai buang , serahkan dekat keluarga angkat ke apa ke . Ikhtiar benda yang berakal sikit Ini tak main buang je . Ingat bayi ini apa plastik gula gula , dah makan buang .Rasa kasihan terhadap bayi bayi ni pun ada tau , aku hajat bila aku dah besar nanti aku nak buka satu rumah kasihkan daku . maksudnya kami berikan kasih sayang kepada anak anak luar nikah ini . ini bukan menggalakkan tapi kami akan mengambil anak anak yang terbuang sebagai anak angkat . sekirannya ibu bapa anak luar nikah itu sendiri menghantar nya kami tidak terima. Iyalah kan nnt tak pasal cakap kita orang ni , lagi mendorong -______________- padahal aku nak tolong . Kalau betul lah dorang dah tahu dorang mengandung kenapa tak gugurkan saja , takut dosa ? lah sama je lah dosa dengan buang and membunuh tu . dah jadi double dosa tu . haih , pihak kerajaan , keluarga , masyarakat setempat telah berpadu tenaga untuk mencegah gejala ini . Kami sebagai pelajar dekehendaki membuat satu karangan punca punca pembuangan bayi . Sambil buat karangan tu , aku boleh menangis . sebab sedih sangat bila difikirkan . apa salah bayi tu ? InsyaAllah bayi yang tidak berdosa ini akan ditempatkan di tempat orang orang yang disayangi Allah SWT . Tetapi apa pulak kesan atas mengugurkan anak sumbang mahram ? jika hendak mengugurkan pun ada syarat syarat nya seperti janin itu ada cacat , tapi ada tempoh juga . Tapi haram kalau nak gugurkan bila bayi itu dalam 'fetal period' iaitu sudah menyerupai manusia. Dan jika ibu yang mengandung itu mengalami psikologi juga dibolehkan gugurkan anak itu . Tapi hendaklah digugurkan dalam tempoh 3 - 4 bulan . Untuk menggelakkan nasib bayi itu terganggu kerana mempunyai atuk & ayah dgn orang yang sama , timbul rasas kebencian pada bayi itu , psikologi terhadap si pesalah kerana paksaan ,

Renung-renungkanlah wahai insan yang bergelar remaja ,

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.
(Surah al-Israa: ayat 70).

Firman Allah Taala bermaksud:
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.
(Surah al-Maaidah: ayat 32).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
(Surah al-Israa: ayat 31).

Firman Allah Taala bermaksud:
Kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyok.
(Surah al-Hajj: ayat 5).

Kita umat akhir zaman , ingatlah wahai manusia bergelar remaja kiamat semakin edkat dan dekat . kita semua dihanyut dengan godaan duniawi . akhirat kita lupa , remaja kini terlibat dengan pergaulan bebas , dadah , party people & clubbing , rempit dan bermacam macam lagi . semuanya ditujukan kepada remaja . saya sebagai remaja juga terasa kerana pernah terjunam ke dalam kencah itu . tapi nasib Allah SWT telah menolong saya dari terus terhanyut dengan duniawi . Alhamdulillah , Shukran Ya Allah :)



No comments:

Post a Comment